SEMBELIHAN – APAKAH ALTERNATIF LAIN
PADA MASA KINI SELAIN KAEDAH TRADISIONAL?
KAEDAH TRADISIONAL
§ Penyembelihan
adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya.
§ Segi bahasa
:potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
§ Segi syara’ :
menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang
tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal
dimakan oleh orang Islam.
RUKUN PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang
mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang
buruan).
SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
a) Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
b) Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
c) Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
d) Binatang itu adalah halal dimakan.
e) Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
f) Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
g) Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
h) Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
i) Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
KAEDAH MODEN
RUMAH PENYEMBELIHAN (ABATTOIR/ SLAUGHTER HOUSE)
RASIONAL
Penyembelihan haiwan menggunakan pisau
yang digerakkan oleh mesin bagi menggantikan tangan manusia.
TUJUAN
§ Untuk
memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja penyembelihan dalam bilangan yang
banyak meningkatkan kuantiti dan kualiti bagi memenuhi permintaan pasaran.
§ Menjimatkan
masa serta meningkatkan produktiviti pengeluaran
WATERBATH STUNNING
§ Menggunakan
media air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih.
§ Kejutan untuk
ayam, itik dan angsa.
§ Ayam yang
dipengsankan akan digantung kaki ke atas besi yang akan bergerak ketakungan air
yang mengandungi aliran elektrik.
§ Kekuatan arus
elekrik mesti dikawal oleh juruteknik muslim yang bertauliah agar aliran tidak
tinggi dan tidak menyebabkan haiwan mati.
PENDAPAT ULAMA DAN FUQAHA
KEJUTAN ELEKTRIK LEMBU/AYAM
·
Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan mengharuskannya.
·
Majma’ al-Fiqh al-Islami tidak membenarkannya.
·
Arab Gulf Cooperation Council’s membenarkannya dengan
syarat-syarat tertentu.
·
Syeikh Gaduh Haq Ali Gaduh Haq membenarkannya dengan
syarat-syarat tertentu.
·
Dr. Wahbah Al-Zuhayli mengharamkan perbuatan tersebut,
walau bagaimanapun sekiranya binatang yang menggunakan kaedah ini masih ada
hayat Mustaqirah ketika disembelih maka
ia halal dimakan.
ELECTRIC STUNNING
TUJUAN
o
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya
haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi
memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.
o
Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk
menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.
IMPLIKASI
o
Kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke
otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan
kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
o
Kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang
paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia
hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan
merebak ke daging.
o
Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul
dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
JENIS2 PISTOL
PENETRATIVE CAPTIVE BOLT (PCB)
Ø M’gunakan
Pistol Captive Bolt(PCB) yang mengandungi sebiji keluli dihujungnya tajam dan
akan menembusi tengkorak apabila tembakan dilakukan.
Ø Tembakan
menyebabkan kerosakan pada kepala.
Ø Harus bertindak
cepat menyembelih sebelum haiwan tersebut mati akibat kerosakan yang dialami.
NON-PENETRATIVE BOLT
Ø Menggunakan
Captive Bolt yang hujungnya berbentuk cembung.
Ø Hanya mengetuk dan mengenakan tekanan tanpa
menembusi tengkorak.
Ø Cara ini
mewujudkan gelombang tekanan dalam rongga otak agar haiwan itu pengsan.
Ø Kelajuan
pemukul mesti mencukupi supaya momentum kuat dapat diwujudkan.
ELECTRIC SHOCK
ü Kejutan
elektrik di kepala sahaja.
ü Digunakan utk
memengsankan lembu dan kambing biri-biri.
ü Pekerja
meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan
aliran elektrik ke otak.
Siti Nor Hafiza binti Mohamad
0 comments:
Post a Comment