RSS

FAQ


QUESTION AND ANSWER



1.      Adakah binatang buruan haram dimakan?

Tidak kerana bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia  seperti haiwan liar,seperti burung,rusa dan kijang harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk binatang yang terjatuh ke dalam lubang dan tidak dapat disembelih lehernya maka memadai dengan dilukai haiwan itu dengan luka yang  membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari.



2.      Mengapa sembelihan tidak boleh dilakukan menggunakan kuku dan tulang

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Apa sahaja yang dapat digunakan untuk mengalirkan darah dan disebut nama Allah makanlah (tetapi) bukan disembelih dengan gigi atau kuku dan aku akan jelaskan perkara tersebut. Adapun gigi itu adalah tulang dan kuku itu adalah senjata orang Habsyi. (mutafaqqun ‘Alayhi).



3.      Mengapa darah perlu mengalir keluar ketika haiwan disembelih?

Untuk mengeluarkan bakteria dan kuman daripada daging supaya tidak mengancam kesihatan pengguna kerana darah adalah medium pengangkutan kuman dan bakteria selain daripada pengangkutan oksigen.



4.      Mengapa paeyembelihan menggunakan captive bolt adalah haram?

Tekanan yang kuat akan dikenakan kepada haiwan sembelihan di bahagian kepala sebelum penyembelihan dilakukan. Akibatnya ,haiwan tersebut akan pengsan dan mengalami kerosakan saraf tunjang. Apabila saraf tunjang mengalami kerosakan pelbagai kesan buruk akan timbul sebagai contoh,penurunan kualiti daging. Penyakit lembu gila juga berpunca daripada kerosakan saraf tunjang.



5.      Adakah benar menurut mazhab Shafie,binatang yang ditembak tidak halal dimakan?

Benar ,kerana apa jua senjata yang tumpul tidak sah sebagai alat untuk melukai binatang.



6.      Adakah dibenarkan bagi seorang penjual ayam muslim menjual ayam yang tidak disembelih menurut syarak kepada orang bukan Islam?

Tidak dibenarkan,contoh dalil yang membuktiannya adalah…

Hadis riwayat muslim dari Jabir r.a,”Rasulullah s.a.w. melarang pembunuhan sesuatu binatang dengan aniaya”.



7.      Bagaimanakah cara untuk membezakan daging yang halal dengan daging yang haram seperti khinzir?

Cara untuk membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram ialah melalui perbezaan warna. Daging yang halal berwarna kemerah-merahan manakala daging yang haram berwarna pucat. Selain itu,garis pada permukaan daging juga boleh membezakan daging yang halal dan haram,daging yang halal mempunyai garisan yang ketara pada permukaan daging manakala daging yang haram mempunyai permukaan yang halus berbanding dengan daging yang halal.



8.      Jika binatang yang disembelih tidak mati pada sembelihan pertama apakah yang harus dilakukan?

Menunggu selama beberapa minit,sekiranya binatang tersebut masih mempunyai hayat mustakirah,maka binatang tersebut hendaklah disembelih  semula.



9.      Apakah hukum memakan  ayam yang disembelih menggunakan laser?

Jika laser itu dapat mengalirkan darah dan memenuhi syarat,maka ianya halal dimakan. Tetapi jika tidak maka hukumnya haram.


10.  Sebagai suri rumah,antara tiga jenis ayam iaitu kuning,hitam,dan putih yang manakah adalah lebih baik?

Sekiranya ayam tersebut berwarna kuning,maka ianya tidak baik. Ini kerana ayam tersebut telah direbus menggunakan suhu air yang sangat panas menyebabkan kulit ayam tersebut berwarna kuning dan hampir masak dimana dalam keadaan tersebut bakteria mudah membiak. Sekiranya ayam tersebut berwarna hitam , ayam ini adalah ayam yang paling baik diantara ketiga-tiga jenis ayam tersebut. Tetapi jenis ayam ini berkos tinggi dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala ayam yang berwarna putih ianya adalah baik,kerana suhu air yang digunakan adalah yang bersesuaian dan menyebabkan bakteria tidak dapat merebak dengan mudah. Malah ia juga mudah didapati dan berkos rendah. Oleh itu, antara ketiga-tiga jenis ayam tersebut ayam yang berwarna putih adalah yang paling baik kerana mudah didapati berbanding dengan ayam hitam.



11.  Mengapa sembelihan perlu dilakukan?

Untuk memutuskan urat halkum dan urat merih supaya darah dapat dikeluarkan.



12.  Siapakah yang boleh melakukan sembelihan dalam Islam?

Lelaki Islam yang baligh dan waras serta ahli kitab.



13.  Jika haiwan terjerumus ke dalam lubang , dan hanya anggota kaki sahaja yang terdedah sedangkan haiwan tersebut dijangka akan mati. Apakah yang perlu dilakukan?

Melakukan sembelihan pada kaki binatang tersebut untuk mengeluarkan darah umpama melakukan sembelihan yang sempurna.


14. Jika anda mempunyai rakan yang bukan beragama Islam. Dia memberi anda seketul daging samada paha ataupun anggota yang lain. Anda was-was untuk memakannya kerana berkemungkinan tidak disembelih dengan cara yang sepatutnya. Bagaimanakah mengatasi masalah ini?


Senang sahaja, anda mengambil sebilah pisau lalu membaca basmalah dan di hiris daging tersebut seumpama anda menyembelihnya sebagaimana kita menyembelih haiwan yang sebenar. Maka haiwan tersebut selamat dimakan. (Merujuk fakta yang diberikan oleh ustaz)



15. Perempuan boleh menyembelih?

Perempuan boleh menyembelih, tetapi hukumnya makruh. Selagi ada lelaki yang baligh maka suruhlah lelaki tersebut yang menyembelih dengan syarat dia tahu hukum-hukum dan cara-caranya.



 
AIDAH BINTI SERUMBUT @ ABDUL RAZAK

SEBARANG SOALAN BOLEH DIKEMUKAKAN MELALUI TEMPAT KOMEN YANG TERSEDIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...