RSS

Group Member


Puteri Yura Indah berseri,
Puteri mahu  belajarlah rumi;
1 putera 7 puteri,
Ingin tahu, kenalilah kami.

BIODATA DIRI

NAMA : Siti Nor Hafiza Binti Mohamad

NAMA SANDARAN : Pieja, Hafiza dan Fiza

TARIKH LAHIR: 13 Jun 1995
TEMPAT LAHIR : Hospital Beluran


TEMPAT TINGGAL
: Taman Sungai Labuk (TSL)
BANGSA : Sungai
NAMA AYAH : Mohamad bin Abdul Karim
NAMA IBU: Asmah binti Yahya
IDOLA : Junjungan kita Rasulullah S.A.W. dan isterinya Aishah R.A.
HOBI : Membaca, tengok tv, dan buat sesuatu yang menyeronokkan! E.g jalan2
MAKANAN KEGEMARAN : Chicken Chop Rice, lobak, dan ayam masak merah
MINUMAN KEGEMARAN : Jus Mangga dan Jus Anggur
KENANGAN MANIS : Melancong bersama-sama keluarga dan rakan
WARNA KEGEMARAN: biru dan hijau
KENANGAN PAHIT : Melakukan sesuatu yang memalukan. E.g jatuh di kantin depan orang ramai (mak aiiii, malunyaaaa!!!)
CITA-CITA : Doktor
MOTTO : I want to make my parents proud of me!


KU CORET KATA 
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

   Alhamdulillah, tanpa izin-Nya pasti projek ini tidak berjalan dengan lancar. Namun berkat doa yang tidak putus akhirnya Allah merahmati segala usaha yang kami taburkan untuk menjayakan projek ini demi kepentingan kita semua.

   Sebelum itu, saya ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah semasa menjalankan projek ini.Insya-Allah saya akan berusaha untuk memperbetulkannya sedaya upaya. Harap semua akan memahami apa yang kami cuba sampaikan dan mengambil iktibar darinya. Kami ingin berkongsi ilmu yang pastinya memberi manfaat kepada kita semua demi menjamin kesejahteraan kita duniawi dan ukhrawi.

   Pada pendapat saya, projek ini dapat membantu kita semua sebagai langkah berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara. Ia telah membuka mata kami agar sentiasa menimba ilmu walaupun perkara kecil.Tajuk kami ialah penyembelihan. Sebagai orang Islam, kita tidak mengetahui makanan yang kita makan halal ataupun haram. Asyik merujuk kepada cop halal pada plastik makanan, sedangkan pada zaman moden ini  mereka boleh menciplak cop tersebut demi kepentingan diri sendiri. Bagaimana pula makanan yang memerlukan sembelihan? Contohnya, ayam, kerbau, dan kambing.Adakah mereka menyembelihnya dengan cara yang tepat? Terdapat banyak perkara yang perlu dititik beratkan untuk kesihatan kita dan kami telah selidikinya. Projek ini dengan izin Allah akan memberikan kesedaran kepada semua.

   Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya perolehi dalam projek ini.Selain daripada ilmu yang bermanfaat, projek ini seperti menonjolkan pelbagai kebolehan dalam diri saya. Saya telah menjadi seorang yang sentiasa berdedikasi dan jujur dalam menyediakan pelbagai maklumat. Hal ini demikian kerana, bagi saya tanggungjawab ini sangat berat untuk dipikul. Kami perlu menyiasat secara terperinci dan tidak boleh salah mengemukakan fakta. Hal ini demikian kerana, penyembelihan adalah sesuatu yang penting dalam diri kita sebagai umat Islam. Di samping itu, saya sangat seronok kerana dapat memperbaiki setiap kelemahan dari segi buah fikiran yang boleh dimatangkan lagi dan cara untuk mempertahankan hujah saya atau memperbetulkan hujah pihak yang mempersoalkan tentang tajuk ini mahupun bertanyakan soalan kerana kami telah berjumpa dengan ramai orang termasuk yang lebih dewasa daripada kami seperti pelajar pra-u,  dan guru-guru yang asyik ingin mendalami apa yang kami terangkan. Namun, itu adalah salah satu dugaan yang wajib kami tempuhi demi memperbetulkan apa sahaja yang salah. Kami tidak berhujah dengan sekadar kata-kata yang kosong, kami telah menyelidik melalui buku dan internet. Mencari sebagai sumber rujukan daripada kajian-kajian para saintis mahupun berteraskan fatwa, dalil-dalil AL-Qur’an dan Sunnah Rasulullah S.A.W..

   Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi. Saya amat bersyukur kerana terlibat dalam projek ini. Oleh itu, dengan adanya kesempatan seperti ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Beluran Bestari Puan Sukeshini Narayanan Nair  kerana membenarkan projek ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Ustaz Mohd.Tarmimi Mat Husin kerana memilih saya sebagai ahli PBL sekaligus memberi kepercayaan kepada saya untuk  menjawat jawatan sebagai ketua projek ini. Alhamdulillah, saya sangat terharu dan tidak terkata. Kepada ibu bapa saya yang juga tidak langsung menyokong saya dari belakang, memberi semangat dan dorongan agar terus sabar demi kebaikan semua.

   Akhirulkalam,  Harapan saya agar projek ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang setelah menjejakkan kaki ke SMK Beluran Bestari.

Sekian, Wassalam.

 


NAMA: MARINA FAITH D. FRANK
NAMA SAMARAN: MARINAH (YANG LEMBUT)
TARIKH LAHIR: 02.09.1995
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BELURAN
MENETAP: LAUKIN ESTATE
MOTTO:
HIDUP DI DUNIA MENCARI BEKALAN PAHALA
HIDUP DI AKHIRAT MENIKMATI KEMEWAHAN DARI PAHALA YANG TERKUMPUL
BUKAN MENIKMATI KESENGSARAAN DARI DOSA YANG DILAKUKAN
CITA-CITA: DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN
IDOLA: AISHAH R.A
MAKANAN KEGEMARAN: COKLAT CADBURY
MINUMAN KEGEMARAN: KOPI RADIX
KENANGAN MANIS: BERTEMU AYAH KANDUNG
KENANGAN PAHIT: BERPISAH DENGAN KAWAN@BFF
BANGSA: IBU-BUGIS, AYAH-KADAZAN, BANGSA KU-KADAZAN
Seindah Bahasa
 Saya sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat menyertai kumpulan PBL ini kerana banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi terutamanya dalam bab sembelihan tingkatan 4. Program PBL ini telah mendidik saya untuk mengkaji dan menyelidik dengan cara yang betul. Selain itu, saya juga dapat mengatur masa dengan baik untuk belajar dan melaksanakan projek ini. Saya juga ingin mengkalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepda Puan Pengetua SMKBB Puan Sukeshini Narayanan Nair dan Guru penasihat kami iaitu Ustaz. Mohd Tarmimi Mat Hussin kerana memberikan peluang dan kepercayaan kapada saya untuk menjayakan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada kedua ibubapa saya atas sokongan kewangan yang diberikan. Penghargaan juga kepada rakan-rakan saya atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Kepada ahli PBL, saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
   Sepanjang perjalanan projek ini, saya dan ahli yang lain telah mengalami pelbagai halangan dan cabaran bersama-sama. Pengalaman yang menyeronokkan ialah, Lawatan Sambil Belajar di kilang sembelihan Pasti Segar Sdn.Bhd Sandakan. Yang lebih menyeronokkan lagi ialah, lawatan yang diadakan pada waktu malam, bermula pada jam 8.00 pm sehingga 12.00 pm. Ini merupakan lawatan pertama kali saya yang diadakan pada waktu malam.
  Kumpulan PBL kami juga telah menyembelih seekor ayam dihadapan para pelajar SMKBB, dan kami juga telah diberikan peluang kepada pelajar untuk menyembelih ayam ketika itu.
   Saya berharap agar projek seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang dan saya berharap agar para pelajar yang akan datang dapat menyertai program ini dan merungkai pelbagai persoalan dalam sebarang mata pelajaran yang diambil. Segala hasil yang telah kami lakukan diharap dapat menjadi panduan kepada semua lapisan masyarakat. Pilihlah makanan yang sihat agar badan juga cergas.

Kata2: bagaimanakah hendak mengira nombor 10 jika tidak bermula daripada 0?
Bagaimanakah kita hendak berada diatas jika tidak bermula dari bawah?







NAMA : Nurdiyana Syahira bte Abdullah
NAMA SANDARAN : Era , Ieyra , ataupun  Diyana
TARIKH LAHIR : 31 Ogos 1995
TEMPAT TINGGAL : Quarters Balai Polis Beluran , SABAH
BANGSA : Melayu
NAMA AYAH : Abdullah bin Mahmud
NAMA IBU : Hamidah bte Nordin
HOBI : Bersenam , membaca , memasak dan melayari Internet
MAKANAN KEGEMARAN : Laksa , Aiskrim cappuccino , dan  Kuew teau
MINUMAN KEGEMARAN : Milo sejuk dan  jus buah-buahan
KENANGAN MANIS : Melancong bersama-sama keluarga dan dapat  bertemu  dengan rakan-rakan yang  baik dan ceria
KENANGAN PAHIT : Terlibat dalam satu kemalangan jalan raya  sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri
CITA-CITA : Akautan dan guru
MOTTO : “Learn to behave your life , to believe your life , and become alive . So , let by gone be by gone . ”
Ikhlas dari lubuk hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
                Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Segala puji-pujian kepada Tuhan Yang Maha Esa serta selawat dan salam ke atas  junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W .
Kehadiran tahun 2011 memberikan banyak seribu satu kenangan manis kepada saya . Antaranya ialah saya diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu daripada ahli “ Projek Based Learning ” yang merupakan antara projek untuk menarik minat lagi para pendengar tentang tajuk yang akan dikemukan dan  dapat memberi pendedahan serta menambah ilmu pengetahuan kepada kita semua , terutamanya kepada ahli-ahli “ Projek Based Learning ” itu sendiri . Tajuk yang telah kami pilih bersama-sama guru kami iaitu Ustaz Mohd Tarmimi bin Mat Hussien , iaitu Sembelihan . Sembelihan adalah antara perkara yang masih menjadi seribu satu persoalan kepada masyarakat zaman kini kerana terdapat beberapa pihak yang telah menyalahgunakan konsep ini dan kurang menitikberatkan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat . Oleh yang demikian , saya dan ahli-ahli saya mengambil inisiatif ini untuk memberikan jawapan kepada persoalan yang telah berlaku dikalangan masyarakat zaman kini . Dengan usaha dan semangat yang tinggi di kalangan ahli-ahli saya , saya sangat yakin projek kami ini akan berjalan dengan lancar atas izin dan berkat daripada semua pihak . Harapan saya adalah ingin melihat Projek kami ini dapat berjalan dengan penuh keberkatan dan dapat memberikan ilmu kepada masyarakat yang masih ragu-ragu tentang proses Sembelihan ini . Saya juga berharap , dengan melibatkan diri dalam aktiviti ini , kami dapat mengharumkan nama sekolah dan dapat mencapai sasaran yang diinginkan . InsyaAllah  .
Sekian , Terima kasih .



NAMA: NORAINIZAH BINTI KANISIUS
TARIKH LAHIR: 15 APRIL 1995
TEMPAT LAHIR:   HOSPITAL DUCHESS OF KENT
MAKANAN KEGEMARAN:FRIED RICE
MINUMAN KEGEMARAN : COFFEE
MOTTO: ALWAYS BE THE FIRST
BANGSA: SUNGAI, INDONESIA, PHILIPHINES

OPINION ABOUT PROJECT:
  In based learning project, we bring forward slaughtering as the title of our discussion. For me, this is such a good effort to be present in school and public. Majority of people have lack knowledge in slaughtering. So, we take the responsibility to load them at a maximum level with detail information about slaughtering. We also revealed differents kind of meat weather it is good or not. This help people so much to reach an expert level for their healthy.
                       
Benefits on myself (project):
   First of all, I appreciate so much for giving me a chance to join this PBL group. I realize that I slowly change from lazy student to more hardworking and responsible now. We have 8 members in this group. Each member was giving a job to do. so, obviously I must overcome my bad habit from that. Furthermore, it gives me a lot of experienced and knowledge. I’m more attracted to investigate more specific  about anything seems know to me.

Hoping:
   I wish this project could develop a lot of benefits to all people in all ages. Besides, it shouldn’t stop right here. our first participating in this project was just a beginning for all people to keep on going on this project. There’s a big bunch input we can together learn when we make some searching about something like we did in this project.
Experience:
 When we talk about experience, I believe every step we take create something to be memories someday weather it positive or negative. After almost a year getting involved in this project, there’s couple experience I get from this project. First, being in the team was the best I’ve ever had. So many laughing, joyful even a little bit dipress sometimes. Everything we do, we do it together. At the end of the day, everything work smoothly like our plan. Second, we visited ‘Pasti Segar’ in Sandakan which is one of the slaughtering factory in the city. Act like paparazzi and spread them so many question about slaughtering was quitefun for me. We are able to see live all the chicken’s slaughtering process at there.  


Nama: Yuliawartawati Binti Sudirman
Nama samaran: Yulia @ Lia @Yul
Tarikh lahir: 10 Februari 1995
Menetap: Beluran
Bangsa: Bugis
Bil. Adik beradik: 3 orang
Anak ke: sulung
Idola : Adam AF2
Hobi : Dengar lagu, baca novel dan tidur… hehehe
Makanan kegemaran: karipap.. emm.. sebenarnya banyak lagi sebab saya suka makan… hehehe(n_n)
Minuman kegemaran: Jus Lobak, Jus Blueberry dan Jus Oren
Kenangan manis: Masa lawatan di Kota Kinabalu bersama rakan-rakan (12 tahun) selepas UPSR. Seterusnya, ketika keputusan PMR keluar, 8 orang rakan termasuk saya meraikan keputusan PMR di KFC dan rumah kawan. Sebenarnya banyak lagi tapi kalau mahu cerita semuanya mesti tak muat.. hehehe.. sampai sini saja
Warna kegemaran: biru, ungu, merah, putih, merah jambu dan hitam
Motto: Kalau boleh senyum seperti bulan.. hehehe main-main sahaja. Fokus kepada peperiksaan dan ‘Study smart not study hard’ hehehe.. Insya-Allah boleh.
Cita-cita: Akauntan (Tapi bukan semua yang kita mahu kita dapat jadi tunggu keputusan SPM dulu)

SEINDAH IMAN

    Pada pendapat saya, projek ini sangat penting dan berguna kerana melalui projek ini, kita dapat mengetahui cara sembelihan dengan lebih jelas dan spesifik lagi agar ia tidak memudaratkan kesihatan kita.
   Kebaikan projek ini kepada saya ialah, saya dapat mengetahui kepentingan, kaedah alternatif lain dan tradisional yang digunakan, hokum menyembelih dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan penyembelihan (luas pengetahuan..hehehe)
   Sepanjang saya mengikuti projek ini, pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Antaranya ialah menemu bual salah seorang pengusaha kilang penyembelihan ayam yang terletak di Sandakan Sabah. Selain itu, saya juga berasa gembira, terharu, teruja dan banyak lagi hingga tak terkata dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
   Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru pendidikan Islam kerana memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyertai kumpulan yang mantap ini (Oppss, pinjam sekejap perkataan mantap ini ustaz). Sedikit terlupa, kepada rakan-rakan seperjuangan yang sangat berdedikasi dan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen ketika menyiapkan projek ini.
   Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum
(Yang memberi salam itu sunat, tapi yang menjawab itu wajib. Jadi selepas membaca jangan lupa jawab salam saya ok? Tidak pasal-pasal dapat dosa kering pula.. hehehehehe)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...