Pengertian sembelihan
Mengikut hukum syarak ialah memati atau
menghilangkan nyawa binatang yang halal
dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan
benda tajam dan niat kerana Allah.
Hukum menyembelih
Menyembelih binatang yang halal dimakan
adalah wajib untuk menghalalkan binatang itu dimakan.
Rukun sembelihan mengikut
hukum syarak:
a) Binatang sembelihan
(1) Halal dimakan
(2) Masih hidup dan bukan hidup mazbuh (hidup hampir mati)
(2) Masih hidup dan bukan hidup mazbuh (hidup hampir mati)
b) Penyembelih
1. Orang Islam atau ahli Kitab
2. Bukan dalam ihram haji atau umrah
3. Wanita hukumnya makruh.
2. Bukan dalam ihram haji atau umrah
3. Wanita hukumnya makruh.
c) Alat penyembelihan
1. Benda tajam seperti pisau
2. Tulang, gigi atau kuku adalah dilarang.
2. Tulang, gigi atau kuku adalah dilarang.
Syarat-syarat sah sembelihan
- Niat kerana Allah S.W.T. bukan selain daripada-Nya.
- Dengan tujuan menyembelih.
- Putus urat halkum dan urat merih.
- Menggunakan benda tajam.
- Dengan sekali sembelihan sahaja.
- Binatang yang halal dimakan.
Hukum-hukum ketika menyembelih
- Membaca basmalah.
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w..
- Menghadap kearah kiblat.
- Membaringkan binatang ke atas rusuk kiri.
- Memutuskan urat-urat yang lain serta urat halkum dan urat merih.
- Menggunakan alat yang sangat tajam.
-
Dilakukan sembelihan dengan segera.
Perkara-perkara makruh ketika sembelih:
- Melambat-lambatkan sembelihan.
- Alat sembelihan kurang tajam.
- Disembelih oleh orang perempuan.
Hikmat sembelihan
·
Menghormati semua makhluk S.W.T..
· Mematikan binatang dengan cara yang baik.
· Tidak menyeksa binatang terlalu lama jika disembelih.
· Mengeluarkan darah yang mengandungi kuman pada binatang yang boleh memudaratkan manusia.
· Menjadikan jiwa manusia bersih kerana memakan benda-benda yang halal.
· Membezakan binatang yang halal dan haram.
· Binatang larangan boleh membawa penyakit dan mudarat seperti bangkai.
· Memuliakan manusia dengan memakan binatang yang dihormati dalam Islam.
· Mematikan binatang dengan cara yang baik.
· Tidak menyeksa binatang terlalu lama jika disembelih.
· Mengeluarkan darah yang mengandungi kuman pada binatang yang boleh memudaratkan manusia.
· Menjadikan jiwa manusia bersih kerana memakan benda-benda yang halal.
· Membezakan binatang yang halal dan haram.
· Binatang larangan boleh membawa penyakit dan mudarat seperti bangkai.
· Memuliakan manusia dengan memakan binatang yang dihormati dalam Islam.
Tahukah Anda?
Beberapa masalah yang berkaitan dengan binatang yang
halal dimakan dan cara sembelihannya.
Masalah
|
Hukum untuk dimakan
|
Anak binatang dalam
kandungan yang mati bersama dengan sembelihan ibunya adalah sah.
|
Halal
|
Jika anak binatang
itu masih hidup sedangkan ibunya mati kerana disembelih hendaklah disembelih
semula anak binatang itu.
|
Halal
|
Mana-mana
anggota binatang yang terpotong tidak disembelih adalah dikira bangkai.
|
Haram
|
Boleh disembelih pada mana-mana anggota binatang yang terjerumus ke
dalam lubang yang tidak dapat disembelih pada lehernya merupakan pengecualian
daripada sembelihan biasa.
|
Halal
|
Sembelihan
daripada orang fasik dan ahli kitab adalah sah.
|
Halal
|
Sembelihan menggunakan alat yang tajam seperti mesin sembelihan adalah
sah dengan syarat pengendali mesin tersebut terdiri daripada orang Islam.
|
Halal
|
Sembelihan
dengan mengenakan kejutan elektrik adalah tidak sah kerana dikira bukan alat
tajam.
|
Haram
|
NILAI MURNI
Meyakini bahawa ketentuan syariat Islam adalah cara terbaik
sekalipun akal tidak boleh menerimanya. Sebagai contoh,daging ayam yang
dimasak sama rasanya walapun cara sembelihannya tidak sama. Tetapi berbeza
hukumnya kerana masakan daripada ayam yang tidak disembelih adalah haram
dan halal jika disembelih.
|
Aidah Binti Serumbut @Abdul Razak
0 comments:
Post a Comment