RSS

SEMBELIHAN (umum)

Pengertian sembelihan

Mengikut hukum syarak ialah memati atau menghilangkan nyawa binatang yang halal      dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan benda tajam dan niat kerana Allah.

Hukum menyembelih

Menyembelih binatang yang halal dimakan adalah wajib untuk menghalalkan binatang itu dimakan.


Rukun sembelihan mengikut hukum syarak:

a)      Binatang sembelihan

(1)   Halal dimakan
(2)   Masih hidup dan bukan hidup mazbuh (hidup hampir mati)


b)     Penyembelih

1.      Orang Islam atau ahli Kitab
2.      Bukan dalam ihram haji atau umrah
3.      Wanita hukumnya makruh.

c)      Alat penyembelihan

1.      Benda tajam seperti pisau
2.      Tulang, gigi atau kuku adalah dilarang.


Syarat-syarat sah sembelihan

  • Niat kerana Allah S.W.T. bukan selain daripada-Nya.
  • Dengan tujuan menyembelih.
  • Putus urat halkum dan urat merih.
  • Menggunakan benda tajam.
  • Dengan sekali sembelihan sahaja.
  • Binatang yang halal dimakan.


Hukum-hukum ketika menyembelih

  • Membaca basmalah.
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w..
  • Menghadap kearah kiblat.
  • Membaringkan binatang ke atas rusuk kiri.
  • Memutuskan urat-urat yang lain serta urat halkum dan urat merih.
  • Menggunakan alat yang sangat tajam.
  • Dilakukan sembelihan dengan segera.

Perkara-perkara makruh ketika sembelih:

  • Melambat-lambatkan sembelihan.
  • Alat sembelihan kurang tajam.
  • Disembelih oleh orang perempuan.

Hikmat sembelihan

·         Menghormati semua makhluk S.W.T..
·         Mematikan binatang dengan cara yang baik.
·         Tidak menyeksa binatang terlalu lama jika disembelih.
·         Mengeluarkan darah yang mengandungi kuman pada binatang yang boleh memudaratkan manusia.
·         Menjadikan jiwa manusia bersih kerana memakan benda-benda yang halal.
·         Membezakan binatang yang halal dan haram.
·         Binatang larangan boleh membawa penyakit dan mudarat seperti bangkai.
·         Memuliakan manusia dengan memakan binatang yang dihormati dalam Islam.



Tahukah Anda?

Beberapa masalah yang berkaitan dengan binatang yang halal dimakan dan cara sembelihannya.


Masalah
Hukum untuk dimakan
Anak binatang dalam kandungan yang mati bersama dengan sembelihan ibunya adalah sah.
Halal
Jika anak binatang itu masih hidup sedangkan ibunya mati kerana disembelih hendaklah disembelih semula anak binatang itu.
Halal
Mana-mana anggota binatang yang terpotong tidak disembelih adalah dikira bangkai.
Haram
Boleh disembelih pada mana-mana anggota binatang yang terjerumus ke dalam lubang yang tidak dapat disembelih pada lehernya merupakan pengecualian daripada sembelihan biasa.
Halal
Sembelihan daripada orang fasik dan ahli kitab adalah sah.
Halal
Sembelihan menggunakan alat yang tajam seperti mesin sembelihan adalah sah dengan syarat pengendali mesin tersebut terdiri daripada orang Islam.
Halal
Sembelihan dengan mengenakan kejutan elektrik adalah tidak sah kerana dikira bukan alat tajam.
Haram

NILAI MURNI

Meyakini bahawa ketentuan syariat Islam adalah cara terbaik sekalipun akal tidak boleh menerimanya. Sebagai contoh,daging ayam yang dimasak sama rasanya walapun cara sembelihannya tidak sama. Tetapi berbeza hukumnya kerana masakan daripada ayam yang tidak disembelih adalah haram dan halal jika disembelih.


Aidah Binti Serumbut @Abdul Razak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMBELIHAN


MAKSUD SEMBELIHAN

       Menghilangkan nyawa binatang 
       Yang halal dimakan
       Putus urat halkum & urat merih
       Menggunakan alat yang tajam
       Niat kerana Allah

KERATAN RENTAS

LEHER
LEHER AYAM
LEHER LEMBU
LEHER AYAM (SEBENAR)

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN

*       Binatang yang hidup di dalam air dan tidak dapat hidup lama di darat.
*       Binatang yang tidak bertaring kuat.
*       Burung yang tidak berkuku tajam,tidak makan menyambar & mencengkam.

BINATANG YANG HARAM DIMAKAN

·         Babi dan anjing
·         Binatang yang berbisa
·         Binatang yang hidup di dua alam(air dan darat)
·         Binatang yang makan menyambar
·         Binatang yang lahir daripada hasil persenyawaan binatang yang halal dengan binatang yang haram
·         Binatang yang berkuku tajam


MARINA FAITH D. FRANK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...