RSS

Dalam Pengharaman Khinzir



Dalam pengharaman khinzir .....  Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173)

Jadi... sama-samalah kita berhati-hati ketika membeli barangan keperluan atau makanan untuk kita atau keluarga kita...  Jika was-was dengan isi kandungan itu lebih baik kita tinggalkannya.... Biarlah kaum lain atau agama lain mengatakan babi itu bersih atau selamat untuk kegunaan manusia tapi sebagai umat islam kita wajib mempercayai di atas setiap apa yang telah Allah S.W.T  telah haramkan itu ada kebaikan untuk manusia sejagat. Bukankah Islam itu indah dan untuk kebaikan dalam kehidupan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan?





ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?
JAWAPAN:
KANGGARU halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.
Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.
Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).
Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.
Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.
Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi Qatadah).
Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di dalam hadis.
Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).
Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie. Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam.
sumber : kosmo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fakta Mengenai biawak ( Dhab )





Dalam satu hadist Nabi SAW diceritakan kisah shahabat Nabi yang memakan daging hewan yang bernama dhab. Rasulullah hanya melihatnya saja, ketika ditanyakan apakah binatang tersebut halal, Rasulullah menjawab halal, tetapi Rasulullah kurang menyukainya. Dhab adalah hewan sejenis biawak. Dalam beberapa kamus Arab-Indonesia, dhab diartikan dengan biawak. 

Pertanyaan:
Apakah biawak yang hidup disekitar kita termasuk dalam dhab sehingga termasuk jenis hewan yang halal?

Jawab:
Biawak bukanlah dhab sehingga hadits tersebut tak dapat dijadikan dalil untuk menyatakan bahwa biawak adalah binatang yang halal dimakan. Dhab adalah hewan pemakan tumbuhan dan belalang dengan ciri-ciri panjang hanya berkisar ± 85 cm dan tinggal di gurun pasir serta sangat jarang meminum air bahkan dikatakan ia tidak membutuhkan air, sehingga menjadi satu pepatah dalam bahasa arab ketika menggambarkan kepada seseorang yang tidak akan melakukan sesuatu dengan kata-kata :

لا افعل كذا حتى يرد الضب الماء /saya tidak akan melakukannya sehingga dhab mendatangi air. 

Satu hal lain yang unik pada dhab adalah pejantannya memiliki dua alat zakar dan yang betina memiliki dua Liang Lahir. Dhab mendiami lubang dan ketika musim hujan dia tidak keluar dari lubangnya. Dhab juga memiliki warna sesuai dengan daerah yang dia tempati. Semua sifat tersebut tidak ditemukan pada biawak yang ada di daerah kita. Biawak dalam bahasa Arab disebut waral dan termasuk binatang karnivora. Biawak bisa hidup di darat dan di air. Bangsa Arab menyukai daging dhab dan memakannya sebaliknya dengan biawak, mereka tak menyukainya dan tidak memakannya. Maka dapat disimpulkan mengartikan dhab dengan biawak sangatlah tidak tepat. sedikit tentang keterangan Dhab dalam bahasa Arab ada dihttp://ar.wikipedia.org . 

Referensi:

Hasyiah Syarqawy `ala Tahrir jilid 2 hal 452 Cet. Haramain
قوله وضب) ذكر ابن خلويه انه يعيش سبعمائة سنة وانه يبول فى كل اربعين يوما قطرة ولا يسقط له سن ويقال ان اسنانه قطعة واحدة وحكى غيره ان اكل لحمه يذهب العطش ومن الامثال لا افعل كذا حتى يرد الضب الماء يقوله من اراد ان لا يفعل الشيء لأن الضب لا يشرب الماء بل يكتفى بالهسيم وبرد الهواء ولا يخرج من جحره فى الشتاء وهو حيوان يشبه الورل للذكر منه ذكران وللانثى فرجان

Hasyiah Qalyuby `ala Mahally jilid 4 hal Cet. Haramain
قوله : ( وضب ) وهو حيوان يشبه الورل يعيش نحو سبعمائة سنة ومن شأنه أنه لا يشرب الماء وأنه يبول في كل أربعين يوما مرة وأنه للأنثى منه فرجان وللذكر ذكران ومنه أم حبين بمهملة مضمومة فموحدة مفتوحة فتحتية ساكنة فنون دويبة قدر الكف صفراء كبيرة البطن تشبه الحرباء وقيل هي الحرباء

Lisanul Araby jilid 1 hal 580 Cet. Dar Shadir, Beirut
ضبب ) الضب دويبة من الحشرات معروف وهو يشبه الورل والجمع أضب مثل كف وأكف وضباب وضبان الأخيرة عن اللحياني قال وذلك إذا كثرت جدا قال ابن سيده ولا أدري ما هذا الفرق لأن فعالا وفعلانا سواء في أنهما بناءان من أبنية الكثرة والأنثى ضبة وأرض مضبة وضببة كثيرة الضباب التهذيب أرض ضببة أحد ما جاء على أصله قال أبو منصور الورل سبط الخلق طويل [ ص 539 ] الذنب كأن ذنبه ذنب حية ورب ورل يربي طوله على ذراعين وذنب الضب ذو عقد وأطوله يكون قدر شبر والعرب تستخبث الورل وتستقذره ولا تأكله وأما الضب فإنهم يحرصون على صيده وأكله والضب أحرش الذنب خشنه مفقره ولونه إلى الصحمة وهي غبرة مشربة سوادا وإذا سمن اصفر صدره ولا يأكل إلا الجنادب والدبى والعشب ولا يأكل الهوام وأما الورل فإنه يأكل العقارب والحيات والحرابي والخنافس ولحمه درياق والنساء يتسمن بلحمه


Rujukan : http://www.laskarislam.com/t2647-biawak-apakah-termasuk-dhab

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALL ABOUT HALAL and HARAM !

 Ketam Batu





                                                     vs



Ketam Nipah





Soalan : apakah hukum makan ketam nipah. Adakah ia sama macam ketam batu. Ini krn ada orang kata ketam nipah hidup 2 alam dan susah mati. boleh makan ke tidak ?
.
Jawapan : Ketam batu haram dimakan manakala ketam nipah halal dimakan.

Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan panduan pemakanan dan pemakaian:

1- TAKRIF HALAL

a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

2.1 HAIWAN

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

a) Haiwan darat
b) Haiwan air

2.1.1 HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) ****
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.

2.1.2 HAIWAN AIR

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.2 TUMBUH-TUMBUHAN

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.3 MINUMAN

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda yang najis.

3. PENYEMBELIHAN

Sesuatu penyembelihan hendaklah mengikut peraturan berikut:

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan oleh orang Islam yang sempurna akal dan mengetahui rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan.
b) Haiwan yang hendak disembelih mestilah haiwan yang halal dimakan.
c) Hendaklah haiwan itu masih hidup dalam keadaan biasa (hayat mustaqirrah).
d) Hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan dan marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan; dan
e) Alat penyembelihan mestilah tajam dan tidak terdiri dari tulang, kuku atau gigi.

4. HIDANGAN

Semua bahan halal yang disimpan, dipamer dan dihidang hendaklah diasingkan dalam setiap keadaan di antara yang halal dengan yang tidak halal untuk menghindarkan percampuran atau terkena najis di antara bahan halal dan tidak halal.

5. PEMPROSESAN MAKANAN DAN MASAKAN

Semua makanan yang telah diproses adalah halal sekiranya bahan-bahan ramuannya halal dan pemprosesan adalah bersih dari najis seperti berikut:

i) Tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari haiwan yang bagi orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dianggapkan sebagai najis mengikut hukum syarak sama ada sedikit atau banyak, seperti minyak ****, lemak dari bangkai, jenis-jenis arak dan lain-lain.

iii) Tidaklah disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut hukum syarak, seperti alat pemotong, tempat, kuali, sudu, periuk dan lain-lain.

iv) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpan itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (i), (ii) dan (iii) atau apa-apa benda yang dianggap sebagai najis mengikut hukum syarak.

6. KEBERSIHAN

Kebersihan amatlah dititikberatkan oleh Islam dan ia meliputi aspek-aspek kebersihan diri, pakaian, peralatan dan kawasan tempat pemprosesan atau membuat makanan.

Tujuannya ialah untuk menjamin bahawa makanan yang dihasilkan adalah suci dan tidak membahayakan kesihatan manusia.

Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, benda-benda haram dan tidak suci mengikut hukum syarak. Beberapa aspek yang ditekankan antaranya:

a) Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman perlulah bersih dan bebas daripada gejala-gejala yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti lalat, tikus, lipas, cicak dan seumpamanya.

b) Pekerja-pekerja di kilang perusahaan makanan mestilah sihat, berpakaian kemas dan bersih untuk mengelakkan daripada gejala kekotoran.

c) Peralatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dicuci seberapa kerap yang boleh untuk menjamin kebersihan. Cara membasuh adalah dengan menjirus dan airnya bersih serta sentiasa mengalir.

d) Tandas dan bilik air mestilah dibersihkan dari semasa ke semasa kerana ianya adalah punca kekotoran.

7. BAHAN GUNAAN

Bagi maksud garis panduan ini, bahan gunaan boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

7.1 KOSMETIK

Bahan kosmetik yang diperbuat dari tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang dibuat dari sumber haiwan yang halal dan tidak najis adalah juga boleh digunakan.

7.2 PAKAIAN DAN ALATAN

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuhan, bulu, kecuali bulu **** dan anjing, tulang haiwan yang halal dimakan yang disembelih dan kulit haiwan yang diawet (tanning), kecuali kulit **** dan anjing, boleh digunakan.

Rujukan : Garis Panduan Makanan, Minuman Dan Bahan Gunaan Orang Islam terbitan JAKIM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Anekdot :)


ANEKDOT : BERKORBAN DI PASAR UNTA DI KOTA MEKAH.






(Penyembelih yang menanti pelanggannya)

10 Zulhijjah: Seperti di negara ini, para jemaah sudah pastinya menyambut hari kebesaran Idul Adha. Walaupun suasana perayaan di Tanah Suci tidak sama dengan kemeriahan di negara kita, perayaan Idul Adha di Tanah Suci dipenuhi dengan zikir dan doa mengingati Yang Maha Besar.

Semasa di Tanah Suci saya berkesempatan melakukan ibadah korban seperti yang di tuntut oleh agama kita. Walaupun pihak TH(Tabung Haji) ada menyediakan perkhidmatan ini, namun saya memilih untuk melakukannya sendiri dengan mencari kibas dan unta di pasar unta berhampiran dengan kota Mekah. Bukankah melihat darah daripada korban itu lebih afdhal daripada membayar wang semata-mata.

Sewaktu mahu membayar dam bagi haji tamatuk saya telah diperkenalkan dengan seorang Arab Badwi yang sanggup membawa saya dan beberapa rakan haji untuk ke pasar tersebut. Jaraknya dari Kota Mekah lebih kurang 5 km. sahaja. Di samping itu, saya mendapat pertolongan daripada seorang pemastautin Indonesia yang fasih berbahasa Arab. Saya berjaya mengumpul seramai sembilan orang untuk mengikuti saya mengerjakan sembelihan bagi membayar dam.

(Arab Badwi yang mengaku bernama Muhammad ibni Abdullah- jurupandu)
Ketika tiba di pasar, suasana di sini agak sibuk dengan petugas di pasar. Majoriti petugas di sini berbaju merah dan berseluar hitam. Suasana agak menyeramkan. Setiba di kawasan pasar kami telah disambut oleh sekumpulan pak hitam yang bertubuh besar dan sasa. Terdapat antara 9 hingga 10 orang mengerumuni van yang kami naiki. Agak menyeramkan juga kerana rupa paras mereka yang bengis di samping terselit pisau sembelihan di pinggang dan juga di belakang. Mereka tidak mesra bercakap dengan kami. Mujurlah jurupandu dan jurubahasa kami tahu berbahasa Arab dan fasih bertutur dengan mereka. Saya hanya berupaya menggunakan bahasa isyarat selain menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi.
(antara tukang lapah daging yang agak tenang - kebanyakannya berbangsa Afrika Somalia)
(kibas yang kami pilih sebagai korban haji tamatuk -tidak ditambat seperti kebiasaannya di negara kita)

Seorang lelaki tua berjanggut dan bertongkat menemui kami setelah dipanggil oleh anak buahnya. Melalui jurubahasa saya menyatakan tujuan datang ke situ. Setelah bersetuju untuk membeli kibas daripadanya wang diserahkan untuk sembilan ekor kibas. Seekor kibas dikenakan harga 250 riyal.
(kibas yang telah disembelih digantung untuk dilapah)



                         
(para petugas menyusun kibas setelah disembelih)
(kibas yang baru sahaja disembelih diangkut untuk dilapah)







(tukang sembelih yang berwajah bengis)
Beberapa peristiwa pelik berlaku di pasar ini:

1. Kibas yang hendak dikorbankan tidak ditambat sebaliknya berkumpul dalam satu kumpulan di satu kawasan yang dilingkungi tali bukan pagar.
2. Kibas tidak perlu diheret satu persatu tetapi mengekori dari belakang apabila ketuanya dibawa pergi.
3. Apabila nama pembeli kibas itu dipanggil, kibas akan keluar sendiri untuk disembelih tanpa perlu didorong.
4. Hanya seorang penyembelih yang melakukan kerja penyembelihan - kibas tidak meronta-ronta.
5. Orang berkulit hitam berbaju merah tiba-tiba menjadi sangat mesra setelah selesai kami melakukan ibadah korban dengan mereka - hilang perasaan takut kami.
Kibas-kibas ini mengajar erti keredaan pengorbanan.














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaedah Tradisional Dan Kaedah Moden



SEMBELIHAN – APAKAH ALTERNATIF LAIN PADA MASA KINI SELAIN KAEDAH TRADISIONAL?



KAEDAH TRADISIONAL



§  Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya.

§  Segi bahasa :potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.

§  Segi syara’ : menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.



RUKUN PENYEMBELIHAN

Penyembelih:

a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.

b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.

c) Berakal dan berfikiran waras.

d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).



SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:

a) Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.

b) Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.

c) Binatang itu masih hidup ketika disembelih.

d) Binatang itu adalah halal dimakan.

e) Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.

f) Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.

g) Mati dengan sekali sembelihan sahaja.

h) Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.

i) Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).







KAEDAH MODEN

KAEDAH YANG BOLEH DIGUNA (Di malaysia ada yang menggunakan kaedah ini) 

RUMAH PENYEMBELIHAN (ABATTOIR/ SLAUGHTER HOUSE)



RASIONAL

 Penyembelihan haiwan menggunakan pisau yang digerakkan oleh mesin bagi menggantikan tangan manusia.



 TUJUAN

§  Untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja penyembelihan dalam bilangan yang banyak meningkatkan kuantiti dan kualiti bagi memenuhi permintaan pasaran.

§  Menjimatkan masa serta meningkatkan produktiviti pengeluaran



WATERBATH STUNNING

§  Menggunakan media air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih.

§  Kejutan untuk ayam, itik dan angsa.

§  Ayam yang dipengsankan akan digantung kaki ke atas besi yang akan bergerak ketakungan air yang mengandungi aliran elektrik.

§  Kekuatan arus elekrik mesti dikawal oleh juruteknik muslim yang bertauliah agar aliran tidak tinggi dan tidak menyebabkan haiwan mati.



PENDAPAT ULAMA DAN FUQAHA

KEJUTAN ELEKTRIK LEMBU/AYAM

·        Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan mengharuskannya.

·        Majma’ al-Fiqh al-Islami tidak membenarkannya.

·        Arab Gulf Cooperation Council’s membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu.

·        Syeikh Gaduh Haq Ali Gaduh Haq membenarkannya dengan syarat-syarat tertentu.

·        Dr. Wahbah Al-Zuhayli mengharamkan perbuatan tersebut, walau bagaimanapun sekiranya binatang yang menggunakan kaedah ini masih ada hayat  Mustaqirah ketika disembelih maka ia halal dimakan.




KAEDAH YANG TIDAK BAIK (pelbagai kajian yang melarang kaedah ini dilakukan)

ELECTRIC STUNNING

TUJUAN

o   Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

o   Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.



IMPLIKASI

o   Kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

o   Kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

o   Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.





JENIS2 PISTOL

PENETRATIVE CAPTIVE BOLT (PCB)

Ø M’gunakan Pistol Captive Bolt(PCB) yang mengandungi sebiji keluli dihujungnya tajam dan akan menembusi tengkorak apabila tembakan dilakukan.

Ø Tembakan menyebabkan kerosakan pada kepala.

Ø Harus bertindak cepat menyembelih sebelum haiwan tersebut mati akibat kerosakan yang dialami.

NON-PENETRATIVE BOLT

Ø Menggunakan Captive Bolt yang hujungnya berbentuk cembung.

Ø Hanya  mengetuk dan mengenakan tekanan tanpa menembusi tengkorak.

Ø Cara ini mewujudkan gelombang tekanan dalam rongga otak agar haiwan itu pengsan.

Ø Kelajuan pemukul mesti mencukupi supaya momentum kuat dapat diwujudkan.



ELECTRIC SHOCK

ü Kejutan elektrik di kepala sahaja.

ü Digunakan utk memengsankan lembu dan kambing biri-biri.

ü Pekerja meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak.


Siti Nor Hafiza binti Mohamad

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISU-ISU SEMASA-PELUANG EKONOMI

                             PROJEK “BASED LEARNING”

PENDIDIKAN ISLAM


“ISU-ISU SEMASA – PELUANG EKONOMI”



Hubungan ekonomi:

isu barat
Undang-undang Eropah mengatakan haiwan yang disembelih harus dipengsankan terlebih dahulu dan menganggap cara penyembelihan Islam kejam.
Pendapat barat mengenai sembelihan di aidiladha.

Umat Islam di Malaysia menyambut perayaan Aidiladha dan ibadah pada hari itu ialah ibadah korban dimana harus menyembelih binatang. Namun ia dipersoalkan oleh orang Barat mengapa umat Islam melakukan perbuatan zalim tersebut terhadap binatang. Jika di barat pula, kebiasaannya mereka akan memengsankan haiwan terlebih dahulu menggunakan renjatan elektrik sebelum menyembelihnya. Bagi mereka tindakan ini kononnya mengelakkan haiwan itu merasa sakit. Jika direnungkan, bukankah renjatan elektrik itu lebih kejam ? Jika kita menyembelih binatang , binatang itu akan merasa sakit sekejap dan dengan menggunakan elektrik, binatang tersebut mengalami kesakitan pada bahagian otak dalam kadar masa yang agak lama kerana elektrik tidak bertindak dengan segera. Ia mengambil masa yang agak lama untuk hilang rasa sakit.

PERNIAGAAN MAKANAN HALAL DI EROPAH SEMAKIN PESAT
Perniagaan makanan halal di Eropah dijangka akan berkembang kerana permintaan yang tinggi. Jumlah seluruh pasaran makanan halal Eropah dinilaikan kira-kira AS$66 bilion, termasuk daging, makanan segar dan makanan dibungkus dan pasaran global kira-kira AS$634 bilion.

Jawatankuasa fatwa
JAWATANKUASA FATWA KE ARGENTINA DIKETUAI OLEH MUFTI PERAK.

Bermula 30 Nov- 9 Dis 2007, Jawatankuasa fatwa akan mengadakan rombongan ke badan-badan Islam dan agensi utama yang terlibat dengan industri daging dan perdagangan halal di Argentina. Rombongan tersebut diketuai oleh Dato’ Seri Harussani bin Hj. Zakaria. Ini merupakan lawatan kedua Jawatankuasa Fatwa berkenaan sembelihan halal.













Malaysia-pakistan

Pakistan telah melancarkan satu kerjasama mengimport daging halal ke Malaysia bagi memenuhi pasaran negara ini. Interaksi ini membolehkan kami muncul sebagai satu daripada pemain antarabangsa dalam sektor halal ke seluruh dunia.

NEW ZEALAND - MALAYSIA




PUTRAJAYA  13 Dis , Malaysia dan New Zealand hari ini menandatangani surat persetujuan bagi pemakaian Malaysia Meat and Meat Products Halal Requirements untuk ladang-ladang ternakan di negara itu bagi tujuan pengeksportan produk daging halal ke negara ini berkuat kuasa tahun depan.





Malaysia dan New Zealand semalam mencapai persetujuan bagi pelaksanaanpiawaian Notis 2010 Keperluan Halal Daging dan Produk Berasaskan Daging Malaysia(Pemberitahuan Akses Pasaran Seberang Laut) ke atas produk pengeluaran ladang ternakandi New Zealand untuk tujuan pengeksportan ke Malaysia.

 
KAZAKHSTAN - MALAYSIA
Lawatan rombongan media Malaysia ke Kazakhstan anjuran Kedutaan Kazakhstan di Kuala Lumpur, turut dibawa meninjau sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan daging halal terbesar di Astana untuk melihat sendiri bagaimana haiwan ternakan seperti lembu, biri-biri dan kuda disembelih. Bagi membantu pengeluar mendapatkan pasaran daging halal di Asia Tengah, Asia Barat dan Timur Tengah, kerajaan bersama industri menganjurkan Ekspo Halal Antarabangsa pertama di Astana, Oktober tahun lalu dengan penyertaan dari 50 negara. 

Dalam Surah al-Maidah , Allah menyatakan :

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati  dimakan binatang buas, dan yang disembelih atas nama berhala, kecuali yang sempat kamu sembelih.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).



SITI NOOR SHAFIKAH BINTI MALIK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...