10 Zulhijjah:
Seperti di negara ini, para jemaah sudah pastinya menyambut hari kebesaran Idul
Adha. Walaupun suasana perayaan di Tanah Suci tidak sama dengan kemeriahan di
negara kita, perayaan Idul Adha di Tanah Suci dipenuhi dengan zikir dan doa
mengingati Yang Maha Besar.
Semasa di Tanah Suci
saya berkesempatan melakukan ibadah korban seperti yang di tuntut oleh agama
kita. Walaupun pihak TH(Tabung Haji) ada menyediakan perkhidmatan ini, namun
saya memilih untuk melakukannya sendiri dengan mencari kibas dan unta di pasar
unta berhampiran dengan kota Mekah. Bukankah melihat darah daripada korban itu
lebih afdhal daripada membayar wang semata-mata.
Ketika tiba di pasar,
suasana di sini agak sibuk dengan petugas di pasar. Majoriti petugas di sini
berbaju merah dan berseluar hitam. Suasana agak menyeramkan. Setiba di kawasan
pasar kami telah disambut oleh sekumpulan pak hitam yang bertubuh besar dan
sasa. Terdapat antara 9 hingga 10 orang mengerumuni van yang kami naiki. Agak
menyeramkan juga kerana rupa paras mereka yang bengis di samping terselit pisau
sembelihan di pinggang dan juga di belakang. Mereka tidak mesra bercakap dengan
kami. Mujurlah jurupandu dan jurubahasa kami tahu berbahasa Arab dan fasih
bertutur dengan mereka. Saya hanya berupaya menggunakan bahasa isyarat selain
menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi.
(antara tukang
lapah daging yang agak tenang - kebanyakannya berbangsa Afrika Somalia)
(kibas yang kami pilih sebagai korban
haji tamatuk -tidak ditambat seperti kebiasaannya di negara kita)
Seorang lelaki tua
berjanggut dan bertongkat menemui kami setelah dipanggil oleh anak buahnya.
Melalui jurubahasa saya menyatakan tujuan datang ke situ. Setelah bersetuju
untuk membeli kibas daripadanya wang diserahkan untuk sembilan ekor kibas.
Seekor kibas dikenakan harga 250 riyal.
(para petugas menyusun
kibas setelah disembelih)
(kibas yang baru
sahaja disembelih diangkut untuk dilapah)
(tukang sembelih
yang berwajah bengis)
Beberapa peristiwa
pelik berlaku di pasar ini:
1. Kibas yang hendak
dikorbankan tidak ditambat sebaliknya berkumpul dalam satu kumpulan di satu
kawasan yang dilingkungi tali bukan pagar.
2. Kibas tidak perlu
diheret satu persatu tetapi mengekori dari belakang apabila ketuanya dibawa
pergi.
3. Apabila nama
pembeli kibas itu dipanggil, kibas akan keluar sendiri untuk disembelih tanpa
perlu didorong.
4. Hanya seorang
penyembelih yang melakukan kerja penyembelihan - kibas tidak meronta-ronta.
5. Orang berkulit
hitam berbaju merah tiba-tiba menjadi sangat mesra setelah selesai kami
melakukan ibadah korban dengan mereka - hilang perasaan takut kami.
Kibas-kibas ini
mengajar erti keredaan pengorbanan.